Pages

SCROLL

~("v")~ LOTS OF LOVE ~("V")~ FROM MY HEART ~("V")~ ABOUT MY FEELING ~("V")~ IT'S ME FAR_AWAY ~("V")~

Sunday, January 30, 2011

Tips Jimat Minyak Petrol

1. ISI MINYAK PADA WAKTU MALAM

  • Ini kerana pada waktu malam petrol atau diesel mempunyai gas yang kurang apabila cuaca sejuk. Kandungan gas dikataan banyak pada siang hari yang panas dan akan merugikan setiap liter yang diisi kerana haba petrol bercampur dengan lebihan gas di dalam kandungannya.
2. ISI MINYAK SEHINGGA TANGKI PENUH
  • Minyak cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Semakin besar ruang semain banyak petrol meruap. Petrol yang meruap tak dapat di bakar oleh enjin. Jadi dicadangkan korang supaya isi minyak sehingga tangki penuh walaupun separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter berada di tanda "E" baru nak gi isi.
3. PANDU KERETA DALAM KELAJUAN TETAP
  • Tak perlu terlalu laju dan terlalu perlahan. 70 - 90 km sejam adalah kelajuan yang sesuai. semakin laju kereta dipandu semakin banyak minyak yang digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan bebanan pada kereta. Maka pendulah pada kadar yang tetap.
4. PATUHI JADUAL SERVIS
  • Enjin yang diseleggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ia bertujuan untuk cucian injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukar jika perlu.
5. PERIKSA ANGIN TAYAR
  • Seminggu sekali periksalah tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik dapat memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jarak yang jauh ia dapat mejimatkan petrol.
6. PEMANSAN ENJIN SELAMA 30 SAAT.
  • Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaj membazirkan minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak.
7. ELAKKAN MENUNGGU
  • Matikan enjin jika terpaksa menunggu lama. Lebih murah untuk menghidupkan semula daripada menunggu satu minit didalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
8. KURANGKAN BEBAN KERETA
  • Barang2 yang tidak diperlukan di dalam kereta haruslah di keluarkan. Semakin banyak beban, semakin banyak tenaga dan petrol digunakan.

  • Selamat membaca... Sumber daripada MAJALAH KLIK, isu 137, 1 Feb 2011..


No comments:

Post a Comment