Pages

SCROLL

~("v")~ LOTS OF LOVE ~("V")~ FROM MY HEART ~("V")~ ABOUT MY FEELING ~("V")~ IT'S ME FAR_AWAY ~("V")~

Sunday, January 30, 2011

Tips Jimat Minyak Petrol

1. ISI MINYAK PADA WAKTU MALAM

  • Ini kerana pada waktu malam petrol atau diesel mempunyai gas yang kurang apabila cuaca sejuk. Kandungan gas dikataan banyak pada siang hari yang panas dan akan merugikan setiap liter yang diisi kerana haba petrol bercampur dengan lebihan gas di dalam kandungannya.
2. ISI MINYAK SEHINGGA TANGKI PENUH
  • Minyak cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Semakin besar ruang semain banyak petrol meruap. Petrol yang meruap tak dapat di bakar oleh enjin. Jadi dicadangkan korang supaya isi minyak sehingga tangki penuh walaupun separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter berada di tanda "E" baru nak gi isi.
3. PANDU KERETA DALAM KELAJUAN TETAP
  • Tak perlu terlalu laju dan terlalu perlahan. 70 - 90 km sejam adalah kelajuan yang sesuai. semakin laju kereta dipandu semakin banyak minyak yang digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan bebanan pada kereta. Maka pendulah pada kadar yang tetap.
4. PATUHI JADUAL SERVIS
  • Enjin yang diseleggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ia bertujuan untuk cucian injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukar jika perlu.
5. PERIKSA ANGIN TAYAR
  • Seminggu sekali periksalah tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik dapat memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jarak yang jauh ia dapat mejimatkan petrol.
6. PEMANSAN ENJIN SELAMA 30 SAAT.
  • Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaj membazirkan minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak.
7. ELAKKAN MENUNGGU
  • Matikan enjin jika terpaksa menunggu lama. Lebih murah untuk menghidupkan semula daripada menunggu satu minit didalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
8. KURANGKAN BEBAN KERETA
  • Barang2 yang tidak diperlukan di dalam kereta haruslah di keluarkan. Semakin banyak beban, semakin banyak tenaga dan petrol digunakan.

  • Selamat membaca... Sumber daripada MAJALAH KLIK, isu 137, 1 Feb 2011..


Wednesday, January 26, 2011

Aku cuti weh..

Assalammualaikum..
Emh, xde apa pun yang aku nak postkan hari ni.. saje je nak meluangkan masa yang ada ni.. Jumaat ni aku dah start cuti.. cuti mid term tapi seminggu je la.. tak sabar rasa nak balik.. huhu.. dah tension sangat2.. bila balik kampung tu boleh la tenangkan fikiran ni skit.. tambah2 plak bleh layan cite korea kat tv.. dah lama tak tengok tv.. macam manalah agaknya bentuk tv ya.. dah berubah ke tetap sama lagi..uhuhu.. lagi satu lau aku balik kampung ni aku boleh la jumpa dengan kawan2 aku.. boleh gi derak2.. hehe.. tapi cuti kali ni aku akan cuba luangkan masa untuk buat assignment yang dah semakin berlambak.. emh nasib baik ni dah last sem.. harap2 macam tu la.. tak sabar dowh nak balik kampung..huhu.. 


my hero..huhu


Sunday, January 23, 2011

Kancil JDT ku...

Assalammualaikum..
Emh, masalah plak kereta aku skang ni.. maklumlah keta yang dah berumur kan.. kesian plak kat keta au.. xpasal2 temprature naik.. aku pun tak tahu lah kenapa.. padahal semalam dah di baiki.. habis la dalam RM200.. tapi masih ada problem lagi.. so sekarang ni aku nak pergi balik kat bengkel tu nak settle down kan masapalah keta aku ni.. ish2.. berapa pulak la nak habis kali ni.. so kepada yang menggunakan kereta, aku sarankan korang belajar lah cara nak cek kerete ni ya.. jangan jadi buta kereta macam aku.. apa2 hal nak kena rujuk pomen.. kang tak pasal2 benda yang simple dah jadi complicated pas tu mula la cas yang mahal2 dan benda yang tak sepatutnya di buat.. emh.. hopefully keta aku aan ok lah selepas ni ya... nanti aku akan pos kan cara2 nak cek kereta for the basic only yang advance2 kena la pergi bengkel ya.. ok chow dulu..


Saturday, January 22, 2011

Perniagaan baru yang akan menjelma tak lagi..

Assalammualaikum..
Ceh tajuk cam gempak je kan.. eleh2.. tapi sebenarnya tak de apa pun just perniagaan simple2 je.. sekadar permulaan je.. perniagaan yang akan aku run tak lama lagi adalah perniagaan shawl atau selendang.. yang jenis chiffon punya, bercorak2 dan berwarna-warni.. harga yang ditawarkan dalam rm10 sehelai.. tapi still boleh dirunding lagi.. corak2 pun cantik2 sume.. target aku ialah student hostel sebab student kan suka dengan shawl2 ni.. so kepada yang berminat boleh la beli dengan saya ek.. bila shawl tu dah sampai saya akan update kan dalam blog berserta dengan gambar sekali.. aku target kat kawasan dungun je dulu coz aku do kat dungun sekarang ni.. Emh.. harap2 korang boleh la support perniagaan aku ni ek.. salam..


Shawl.. Promote.. Promote..

Assalammualaikum..
Emh nak promote skit member punya perniagaan.. Kepada sesiapa yang berminat nak beli shawl yang the latest punya boleh la pergi ke BungaCherii Collection.. Kat sini korang boleh tengok la semua-semua shawl yang terbaru.. Ataupun korang boleh pergi ke blog mereka BungaCherii Collection.blogspot.. Selain shawl diaorang jugak ada macam2 jenis brooch.. Semua cara nak oder dan pembayaran ada di beritahu kat dalam blog tersebut.. Selamat membeli semua..


KHASIAT BUAH-BUAHAN DAN PETUA


Terkadangkala khasiat buah-buahan ini, jika diamalkan lebih mujarab daripada ubat-ubat yang mahal-mahal harganya di pasaran. Tetapi sebab kita tak tahu nak menggunakannya, sekadar tahu memakannya sahaja, tidaklah kita mendapat lebihan kemanfaatannya. Clik here.

1. TOMATO merawat parut Jerawat Batu.

Gunakan sebiji tomato yang masak ranum, lumatkan dan campurkan dengan putih telor. Sapukan pada wajah yang ada parut jerawat batu dua kali sehari pagi dan malam. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil memuaskan.InsyaAllah dengan izin Allah parut jerawat akan hilang



2. AIR BASUHAN BERAS
Menjadikan Kulit Putih dan GEBU

Ambil air basuhan beras dan sapukan keseluruh badan sebelum mandi. Biarkan dalam tempuh 10 minit hingga kering kemudian gosokkan dengan span mandi. Amalkan setiap hari. InsyaAllah dengan izin Allah kulit anda akan putih, Gebu dan menggiurkan.




3 KULIT LEMBUT,LICIN DAN LEMBAB BERSERI.

Ambilkan sedikit madu lebah ( Madu asli ) sapukan pada wajah dan biarkan 15 - 20 minit. Kemudian bersihkan dengan air dan keringkan. Hasilnya kulit wajah anda akan menjadi licin, lembut dan berseri.




4. LIMAU NIPIS Hilangkan Bintik Hitam dan Putih pada Wajah

Caranya tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan campurkan bersama perahan air limau nipis, gaulkan bersama putih telor. Lebih baik jika telor ayam kampong. Lekapkan bancuhan bahan tadi kepada wajah yang berbintik-bintik ( Lebih baik ditempekkan menggunakan tisu ) biarkan hingga kering kemudian cuci dengan air suam. Lakukan selalu untuk hasil yang tinggi. InsyaAllah bintik-bintik pada wajah akan hilang beransur-ansur.



5. Daun Sirih & Limau Kasturi/Limau Nipis Memulihkan
Kulit Perut Berlipat-Lipat ( Terutama bagi Wanita yang telah beranak ramai )

Sediakan satu sudu kapur sirih, dauh sirih, minyak kayu putih dan satu sudu air perahan limau nipis/kasturi. Semua bahan tersebut dilumatkan dan disapukan keperut yang berlipat-lipat tersebut. Lakukan setiap hari. InsyaAllah dengan izin Allah kulit perut menjadi tegang dan hilang lipatannya.






Selamat mencuba dan mendapatkan hasil yang sempurna. Mudah-mudahan anda semua sentiasa mendapat rahmat Allah S.W.T

" Tingkatkan amalan baik, Tinggalkan amalan buruk "

" HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT "





Selamat Pengantin Baru

Assalammualaikum..
Firstly nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Ayu Raudhah Che Wan dan Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak yang telah selamat diijabkabulkan di Alor Setar.. Semoga ikatan pernikahan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat hendaknya.. Utusan Malaysia
Huhu.. bila la diri ini plak yang nak kahwinkan.. emh.. calon pun tak de lagi ni.. cam ne nak mendirikan rumah tangga kan.. emh.. cpatlah dpat jdoh.. 





Friday, January 21, 2011

Nuffnang..

Assalammualaikum..
Emh, biler tgk je blog DaHLia's JouRNaL jeles plak tgk dia punya earning.. cam best je.. sampai 1k tue.. mybe sbb dia dh lama jd bloggers kot.. terpikir jgk aku nak jd cam dia.. ya la ak ni bloger bru.. so xtau mcm mn nak up kan pendapatn from the nuffnang.. xpe2.. aku blaja dulu.. nnti aku tau la.. huhu.. terpkir jgk macm mn la nk jadi blogger yg terkenal dan ad rmai followers.. perlu ke cantik..?? member2 aku sume cakap "far ko letak la gambar cute2, mesti ramai followers nanti.. memang la salah satu cara nak jadi blogger terkenal mesti letak gmbar cute gitu.. tapi tak semestinya yang cantik dan cute tu blog dia best dan bleh adapt dengn followers yang baca blog dia.. lau cantik tapi blog x berkualiti pun tak jadi jugak kan.. emh.. so i need to find somthing different to be the best bloggers.. ceh cam koya plak aku ni kan,, hehehe.. k lah nak mencari idea dismping berubah secara radical untuk blog ni..huhu.. adiosta..

JAM-PACK YOUR FRIENDS & WIN PRIZES WORTH UP TO RM40K!

I wonder which of my friends would be the geek or the health fanatic but what I know is I need to log in to my FB to play #MiloFuzeJamPack. FUN!

Wednesday, January 19, 2011

Bisnes oh bisnes..

Assalammualaikum..
Emh.. hari ni aku nak cite psal aku skit..huhu... cite koya2 skit.. skang ni ak part 6 kat UiTM, Insya-Allah lau xde aral melintang hjung tahun ni ak grade la.. tapi aku bukan nak cite psal balaja, tapi psal bisnes.. skang ni ramai aku tengok yang buat bisne, tak kira la secara on-line ke, kedai ke, rumah ke rumah ke janji tu sume bisnes.. aku pun cam tertarik je nak buat bisnes, tak kira la bisnes apa pun.. tapi skang ni aku dah berjinak2 dlam bisnes.. aku ada buat jualan baju design UiTM untuk student UiTM, memang canti la design2 diaorang..huhu.. macam mana au bleh start bisnes ni adalah di sebabkan kawan aku.. dia tanya aku nak jadi runner untuk jual baju tak kat dalam hostel.. so aku pegi la jumpa dengan master runner.. start dari situ aku pun jadilah runner untuk baju ni.. satu baju aku dapat RM3.. ok la tu.. xpyah modal pun cuma modal air liur je.. pas tu ada sorang member aku plak tnya nak tolong jual tiket tak untuk MPP, tiket bas untuk balik kg smpena cuti mid term nanti.. 1 tiket dpt commision RM 0.70.. emh, aku pun on je la, sbb alang2 nak jual baju bleh la aku jual tiket skali.. maka dapatlah au menambah an pendapatan aku.. pas tu muncul plak satu lagi bisnes.. iaitu bisnes tag nama.. tapi ni aku tolong oderkan je la.. kedai yang buat.. aku ambik untung pun dalam RM1-2 je gitu..huhu.. emh.. cam leh jadi business woman je aku ni kan.. aku ingat lagi setahun yang lepas.. aku pernah nak join bisnes minyak wangi one drop perfume.. ya2 je aku tag gmbar kat sume org dlm fb tp xde feedback pun.. last2 terkubur macam tu je.. nasib baik brg x oder lagi.. emh.. tapi org cakap mula dari kecil-kecilan dulukan.. dulu mas kecik2 aku pernah ada cita2 nak buka kedai kek.. sebab aku suka sangat buat kek dan nak sangat belajar buat kek mcm kat kedai tu.. sampai skang aku masih simpan lagi cita2 tu.. harap satu hari nnni cita2 aku tu akan tercapai la.. Amin.. emh.. agak2 apa la bisnes sterusnya yang akan aku buat ek.. tapi aku rasa cam nak jual tudung je kat blog ni.. nak beralih kat bisnes on-line plak.. bisnes oh bisnes.. chow dulu.. salam..



Sunday, January 16, 2011

Bengang giler..

Assalammualaikum...
Ish, bengang giler dowh,.. dari dulu lagi aku dah bengang giler.. bukan sebab jeles ya.. xde pasal aku nak jeles tapi sebab responsibility la beb.. lau dah rasa diri tu ada jawatan ke ada tnggungjawab ke tunaikanlah dengan sungguh2.. bukan main2.. lau ikutkan hati memang tak nak tapi ko dah jadi ko kena la bertanggungjawab bukannyer sekadar buat ndek jer.. tunjuk muka pun jadi la weh.. bukan setakat muke je, batang hidung pun tak nampak.. memang aku tengah bengang dengan ko.. sape2 yang terasa tu memng dia lah orang nyer.. ni asyik aku  berempat je kena buat.. muka aku ada macam minah indon yang jadi orang gaji ke..?? sikit punye lawa muka ni..  aku tak kisah la lau ada masalah takkan setiap kali ada meeting ko ada masalah.. masalah ak apa beb.. cer cite.. cer cite.. tu satu aku tak puas hati dan bengang.. ada hal lain yang buat aku bengang.. kenapa kah muka yang cun ini tidak di bawa masuk ke movie yang begerak agak lambat dari kura2.. sedangkan muka dan tangan dan kaki inilah yang bertungkus lumus bersama 3 orang muka lagi dan tangan dan kaki yang buat keje.. kenapa muka dan tangan dan kaki yang tak buat keje dapat masuk ke dalam movie yang di arah sendiri dan di edit sendiri serta di slowkan yang amat slow.. arrrgghhh... bengang... cit.. wa chow dulu..


Sunday, January 9, 2011

Sendiri punya malu..

Assalammualaikum..
semalam adik aku anta msg suh beli kan dia makanan, masa tu aku kat umah mak sdare aku.. pikir punya pikir aku pun decide nak belikan dia roti canai.. dengan langkah yang lemah gemalai bak inang aku pun menuju ke kereta kncil aku.. so dalam kul 9 malam on the way blik dri umah mak sdare aku pun mulakan  xpdc mencari kedai roti canai, tengok2, jenguk2, usha2 ada lah satu kedai ni, aku xnampak sbenarnya tulisan menu yang dia gantung kat kedai tu tapi macam ada meja buat roti canai.. disebabkan aku terlajak and xbleh nk undur coz one way so aku pun masuk simpang then cari jalan lain.. ambik masa jugak lah nak pusing balik.. sampai kat kedai tu ada ramai plak orang.. tadi tak ramai sangat.. ntah bila masa plak diaorg ni masuk aku pun tak tau lah.. masa tu dh neves gler, ya la aku ni mmg jnis yg xbleh sorang2.. mula la gelabah tak tentu psal.. malu lau org tengok ak.. ak memang tak bleh lau org tengok aku.. ak jdi segan and koya..haha.. tapi aku tetap melangkah dengan yakin dan jayanya..huhuu.. pas tu buat konon2 tengah balas msg.. nk kontrol cun la konon.. smpai je kdai tu aku tgk menu yang dia gntung tu rupa2nya bukan roti canai tapi rojak.. takkan aku nak bla macam tu je kan, malu beb.. biar r org tak kenal aku pun.. tapi ak rsa macam org tumpu kat aku sorang je.. perasan btul aku ni..kbetulan ada kedai buger so aku pun menuju kesana dan mendapat idea utk bertnya bnda yang komfem xde sebab aku dh jnguk2 bnda tu memang xde.. 

"kak, sosej ada tak..??"
"xde"
"xpe la kak.. time kasih.."

haha.. trus je aku bla.. at least bila org tgk org tau knp, xde la malu sngat aku.. jalan lah aku menuju ke kereta smbil call orang sbb nk cover malu.. ish, malu punya psal snggup habis kn kredit..haha.. masuk dlam keta trus start enjin dan bla,.. hajat nk bt aksi mcm 2 fast and 2 furious tapi apakan daya kereta aku hnya kancil jadi lau aku buat mcam 2 fast and 2 furious tu tkut plak keta aku lerai tgh2 jalan.. hahaha.. sekian..




 "roti canai satu" 
"siap"

tiba2 plak rasa lpar



Friday, January 7, 2011

Susahnya nak hadapi semua ni..

Assalammualaikum..
Lama dah tak update blog ni.. apa yang jadi kat aku skarang ni memang susah nak cakap.. aku sendiri pun tah tahu kenapa. macam2 perasaan yang aku hadapi skarang ni.. perasaan marah, rindu, benci, nak mengamuk semua pun ada. .. aku sendiri pun tak tahu kenapa.. sebab aku terlalu layan perasaan atau sengaja nak layan perasaan tu.. tapi apa yang aku boleh cakap kat sini, aku bukan sengaja nak layan tapi perasaan tu datang dengan sendiri, susah sangat nak buang perasaan ni.. benda ni datang tanpa diduga.. aku nak sangat buang perasaan ni, nak sangat tapi bila tiba masa sunyi je mesti perasaan tu datang balik.. teringat semua benda yang tak sepatutnya aku ingat balik, bila dah teringat mula la nak meleleh mata ni.. ish ni yang tak suka ni.. tapi nak buat macam mana kan.. dah bnda yang pernah kita sayang tapi tiba2 benda tu tak de dengan kita.. sebak jangan cakap la, memang akan sebak.. semalam dah meleleh mata ni.. tapi sabar je lah.. dah benda tu tak menjadi nak buat macam manakan.. nak tunggu pun tak berbaloi jugak,.. tapi aku akan tetap tunggu.. biarlah orang nak cakap aku ni gila ke apa ke.. perasaan aku, hati aku, suka hati akulah.. emh apa2 pun aku akan berdoa supaya semuanya akan menjadi lebih baik dan berharap semuanya berakhir dengan gembira..