Pages

SCROLL

~("v")~ LOTS OF LOVE ~("V")~ FROM MY HEART ~("V")~ ABOUT MY FEELING ~("V")~ IT'S ME FAR_AWAY ~("V")~

Saturday, November 27, 2010

Tahniah.. Anda Pemenang..

Kalau tengok tajuk tu mesti ada yang dah dapat agak kan..huhu.. Skang ni macam-macam teknik orang nak menipu kan.. Sampai bleh plak ada SMS yang mengatakan "Tahniah anda sim anda memenangi..bla..bla..bla..". Aku rasa benda ni dah bertahun-tahun tapi ada jugak yang percaya dan terpedaya.. Aku pun dah banyak kali dapat siap ada yang call lagi..

"Hello, boleh saya cakap dengan Cik Farhana.." 
"Ya saya.."
"Tahniah sim anda memenangi wang berjumlah RM15 000"
"Owh.. Ya ke (sambil buat muka toya)"
"Ya, sila bagi no akaun anda dan kami akan masukkan wang tersebut ke dalam akaun anda.."
"Tak pe lah saya sibuk, banyak kerja nak buat"
"Awak tak nak ke RM15 000 ni"
"Saya tak nak, simpan je la.. Bye.."

Emh.. dasar orang nak menipu.. Dia ingat aku bodoh sangat ke nak bagi no akaun aku tu.. Walaupun duit Tak de tapi berharga ow.. Tu lah tektik-tektik orang nak menipu kan.. Siap bagi menang berpuluh-puluh ribu lagi.. aku ingat lagi masa mula-mula SMS ni tersebar.. Mula-mula SMS tu tersebar Encik Abah aku yang dapat, masa mula-mula baca memang terkejut.. Lepas je dapat mesej tu, petang tu terus telefon nombor tu nak tahu kesahihannya.. Orang tu suruh bagi nombor akaun bank mana ntah aku dah lupa.. Masa tu dah mula was-was, so Encik Abah aku telefon la bank nak tanya macam mana.. Last-last orang bank tu cakap.. "Encik.. Jangan percaya dengan mesej-mesej macam tu sebab tu semua tipu.. Tu tektik diaorang nak dapatkan nombor akaun kita..".. So, kita janganlah percaya sangat benda-benda macam tu.. Tapi yang aku pelik ada jugak yang terpedaya.. Owh ya petang tadi pun aku ada terima mesej macam tu lagi.. Memang kelakar giler baca mesej tu.. Dia dah update skit..hahaha..

Simcad Anda
Mendapat-kan
Hadiah "PROMO"
RM 13.000,00
FROM; NESTLE
MILO MAY-BHD.
Sila Call Office;
KARIM BIN SAID
+62817211762
Terima Kasih

Kalau korang prasan la kan, ayat dia pun dah tunggang-langgang.. BI + BM.. Dah la tu, mana plak datangnyer NESTLE MILO MAY-BHD.. Apa maksud MAY tu, sabun MAY ke..hahahahaha.. Siap bagi nama lagi, kalau ya pun bagi la nama yang canggih sikit.. Ni pakai letak je nama tu.. Eja simcard pun salah.. Heran aku bila ada jugak yang percaya walaupun SMS tu ntah apa-apa je.. Jadi berhati-hati lah bila membaca SMS ya.. Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi SMS Menipu..hahahaha.. Chow dlu.. Salam..

Friday, November 26, 2010

Cinta..

Aku percaya ramai yang pernah bercinta kan.. Tak kisah lah bercinta sejak zaman sekolah rendah ke atau sejak korang bayi lagi ke.. Yang penting korang mesti pernah.. Bagi korang yang tak pernah tu tak dapet nak nolong..huhuhu.. Aku bukak cerita ni bukan sebab apa cuma nak kongsi pengalaman daripada aku sendiri dan orang lain yang pernah aku dengar.. Kalu korang perasan la kan,, Kadang-kadang cinta ni macam makan ais-krim.. Bila sejuk sedap lah tapi bila dah cair dah kureng skit.. Susah jugak ek nak jumpa cinta sejati ni.. ya lah dalam dunia ni ada macam-macam jenis manusia, ada yang baik ada yang betul-betul serius dan ada yang main-main.. yang main-main tu lah tak tahan skali.. Dah la mangorat anak dara orang pas tu suka-suka hati je nak tinggalkan anak dara orang tu macam tu je.. Kesian la skit kat orang perempuan ni.. Bukan senang tau hati perempuan ni nak terubat.. Maunya berbulan-bulan tak pun bertahun-tahun.. Jadi korang-korang yang perempuan ni pandai-pandai lah jaga diri.. Yang lelaki plak pndai-pandailah nak bercinta ya.. Aku cakap ni pun atas dasar pemerhatian je.. Ada satu berita aku terbaca dalam akhbar.. "Seorang isteri mati dikelar oleh suaminya sendiri".. Emh.. Memang agak menyayat hati jugak la sebab perempuan tu tgh mengandung anak sulung.. Segala yang terjadi ada hikmahnya.. Jodoh pertemuan ajal dan maut semua di tangan Tuhan.. Kita yang merancang Allah yang menentukan.. Kepada keluarga mangsa takziah di ucapkan.. Semua yang berlaku hanya Allah je yang tahu kenapa benda tu berlaku dan sebab benda tu berlaku.. So kita sebagai manusia fikir-fikirkanlah.. Carilah cinta yang membawa ke syurga bukannya ke neraka. Walaupun ia sekadar perkataan CINTA tapi ia memberi beribu makna bagi yang memahaminya.. Salam..

Thursday, November 25, 2010

Pengalaman mengajar erti hidup..

Aku percaya semua orang ada pengalaman masing-masing kan.. Tak kiralah pengalaman manis ke pahit ke yang penting pengalaman.. Pengalaman setiap manusia ni tak sama tau tapi tak tau lah lau ada yang sama, mungkin tu secara kebetulan je kot.. Kalau ada yang sama pun mungkin tempat yang berbeza.. Contohnya, korang pernah tak jatuh tangga.. Aku pernah.. Mesti ada yang cakap pernah jugak kan, tapi korang jatuh tu sama ke tempat aku jatuh.. Takkan.. Tak mungkin kan.. Bila teringat balik pengalaman jatuh tangga memang aku tergelak sorang-sorang.. Bayangkan pagi tu nak ambik test MUET, maklumlah masa tu form 6.. Punya semangat aku nak ambik test pagi-pagi lagi aku dah g skolah.. Kelas aku tingkat 2, memang kena naik tangga lah.. Masa tu plak buku banyak kat tangan, maklumlah pelajar bijak, orang letak buku dalam beg aku pegang kat tangan, ya lah tak nak beratkan beg la katakan.. Aku sendiri pun tak tahu apa fungsi beg sebenarnya..haha.. Dalam tengah naik tangga tu, ada plak orang call aku..huhu.. (Adik-adik jangan tiru tau bawak henset g skolah nnati cikgu marah..hahaha..)kalut-kalut nak angkat call tu tiba-tiba plak kaki aku yang berkasut hitam(pengawas la katakan)tu terpijak kain.. Apa lagi.. GEDEBUKKKK.. Betul-betul kat tangga terakhir..haha.. Yang kelakarnya masa tu ada member aku tengah dating kat dalam kelas.. Lepas je aku bangun dia trus tanya aku, apa yang jatuh tadi..haha.. aku dengan senyuman yang paling manis trus je cakap aku jatuh la.. Hahahahahahahaha.. gelak tak ingat dunia..Emh.. tu lah pengalaman aku.. Pengalaman yang mengajar aku supaya berhati-hati bila nak naik tangga.. Tu lah gunanya pengalaman..

Berjaya jugak...

Salam..
Akhirnya berjaya jugak aku buat blog setelah mengambil masa beberapa minit..hahaha.. Punya susah nak buat URL.. Ingatkan main tekan-tekan je rupanya nak kena jugak check available ke tak URL tu.. huhuhu.. Nasib baik aku tak cepat putus asa lau tak memang tak wujud lah blog aku ni..hahaha.. Gembira plak rasa cam baru dapat duit..huhu.. Pada semua pembaca-pembaca aku harap blog aku ni dapatlah menghiburkan hati korang ek.. Lau ada kurang sana sini korang g tau ya.. Senang aku nak tau apa yang korang nak sebenarnya.. BTW.. aku orang baru so maybe blog aku ni kureng skit.. Nanti bila aku dah pro aku buat yang BAIK PUNYER..huhu.. Salam perkenalan..