Pages

SCROLL

~("v")~ LOTS OF LOVE ~("V")~ FROM MY HEART ~("V")~ ABOUT MY FEELING ~("V")~ IT'S ME FAR_AWAY ~("V")~

Saturday, November 27, 2010

Tahniah.. Anda Pemenang..

Kalau tengok tajuk tu mesti ada yang dah dapat agak kan..huhu.. Skang ni macam-macam teknik orang nak menipu kan.. Sampai bleh plak ada SMS yang mengatakan "Tahniah anda sim anda memenangi..bla..bla..bla..". Aku rasa benda ni dah bertahun-tahun tapi ada jugak yang percaya dan terpedaya.. Aku pun dah banyak kali dapat siap ada yang call lagi..

"Hello, boleh saya cakap dengan Cik Farhana.." 
"Ya saya.."
"Tahniah sim anda memenangi wang berjumlah RM15 000"
"Owh.. Ya ke (sambil buat muka toya)"
"Ya, sila bagi no akaun anda dan kami akan masukkan wang tersebut ke dalam akaun anda.."
"Tak pe lah saya sibuk, banyak kerja nak buat"
"Awak tak nak ke RM15 000 ni"
"Saya tak nak, simpan je la.. Bye.."

Emh.. dasar orang nak menipu.. Dia ingat aku bodoh sangat ke nak bagi no akaun aku tu.. Walaupun duit Tak de tapi berharga ow.. Tu lah tektik-tektik orang nak menipu kan.. Siap bagi menang berpuluh-puluh ribu lagi.. aku ingat lagi masa mula-mula SMS ni tersebar.. Mula-mula SMS tu tersebar Encik Abah aku yang dapat, masa mula-mula baca memang terkejut.. Lepas je dapat mesej tu, petang tu terus telefon nombor tu nak tahu kesahihannya.. Orang tu suruh bagi nombor akaun bank mana ntah aku dah lupa.. Masa tu dah mula was-was, so Encik Abah aku telefon la bank nak tanya macam mana.. Last-last orang bank tu cakap.. "Encik.. Jangan percaya dengan mesej-mesej macam tu sebab tu semua tipu.. Tu tektik diaorang nak dapatkan nombor akaun kita..".. So, kita janganlah percaya sangat benda-benda macam tu.. Tapi yang aku pelik ada jugak yang terpedaya.. Owh ya petang tadi pun aku ada terima mesej macam tu lagi.. Memang kelakar giler baca mesej tu.. Dia dah update skit..hahaha..

Simcad Anda
Mendapat-kan
Hadiah "PROMO"
RM 13.000,00
FROM; NESTLE
MILO MAY-BHD.
Sila Call Office;
KARIM BIN SAID
+62817211762
Terima Kasih

Kalau korang prasan la kan, ayat dia pun dah tunggang-langgang.. BI + BM.. Dah la tu, mana plak datangnyer NESTLE MILO MAY-BHD.. Apa maksud MAY tu, sabun MAY ke..hahahahaha.. Siap bagi nama lagi, kalau ya pun bagi la nama yang canggih sikit.. Ni pakai letak je nama tu.. Eja simcard pun salah.. Heran aku bila ada jugak yang percaya walaupun SMS tu ntah apa-apa je.. Jadi berhati-hati lah bila membaca SMS ya.. Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi SMS Menipu..hahahaha.. Chow dlu.. Salam..

No comments:

Post a Comment